Punca Berat Badan Turun

by Ritz on May 2, 2013

kurus

Badan Kurus

Assalamualaikum..buat..sahabat..

KUALA LUMPUR 30 April, Bertemu kembali bersama Ritz dalam ruangan Info Sihat mengenai Punca Berat Badan Turun. Ramai orang sanggup bekerja keras untuk menurunkan berat badan supaya kelihatan menarik, sekiranya kita mendapati berat badan menurun tanpa bersusah payah untuk menurunkannya pasti ia suatu yang mengembirakan dan tetapi dengan penurunan secara free seperti ini pasti ada sesuatu yang tidak kena pada kesihatan badan.

Yang dimaksudkan dengan penurunan berat badan tanpa sebab adalah berkurangnya berat badan lebih dari 5 peratus dalam rentang waktu 6 bulan lebih, tanpa usaha tetapan pola makan atau sukan. Sekiranya jarang menimbang berat badan, ada beberapa tanda-tanda lain yang boleh menunjukkan berlakunya penurunan ketara, misalnya semua pakaian menjadi lebih longgar, tidak perlu mengancingkan tali pinggang lebih ketat, atau rakan-rakan dan keluarga mengulas mengenai anda kelihatan kurus.

Terdapat beberapa penyakit yang boleh jadi penyebab utama penurunan berat badan.

Kanser
Meski tidak ada gejala khusus, tapi menurut pakar dari National Institute of Health ada beberapa gejala yang sering dialami pesakit kanser, antaranya berat badan menurun, cepat keletihan, badan berpeluh di waktu malam, kerap mendapat demam dan tiada selera makan.

AIDS
AIDS (autoimunodeficiency syndrome) adalah penyakit boleh menyebabkan kematian pada sesiapa sahaja. Gejala spefisik dari AIDS antara lain penurunan berat badan tanpa sebab, demam, pembengkakan kelenjar limfa, keletihan, serta badan selalu lemah. Orang yang terkena AIDS juga lebih mudah mendapat penyakit kerana sistem imun mereka sangat lemah.

Hipertiroid
Hipertiroid adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi sangat aktif. Pakar-pakar dari Mayo Clinic mengatakan bahawa gejala khusus hipertiorid adalah berat badan turun secara drastik, degupan jantung meningkat, berpeluh, gegaran, dan mudah lelah.

Diabetes
Penyakit diabetes yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan berat badan turun terus meski kita sering makan banyak. Hal ini kerana tubuh tidak boleh mendapatkan tenaga yang cukup dari gula kerana kurang insulin. Akibatnya tubuh mengolah bahan-bahan lain dalam tubuh untuk diubah menjadi tenaga. Zat yang diubah itu adalah lemak dan protein.

Bila anda mengalami kehilangan berat badan tanpa sebab dalam masa 6 bulan, sebaiknya anda merujuk kepada doktor. Persiapkan diri dengan catatan mengandungi gejala-gejala lain yang pernah anda alami sehingga doktor boleh menyempitkan kemungkinan penyebab yang ada.

Sumber : Kompas

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: