Penyakit Hati Berlemak Yang Perlu Anda Tahu

Penyakit Hati Yang Perlu Anda Tahu

Penyakit Hati Berlemak Yang Perlu Anda Tahu

Tahukah anda mengenai penyakit hati berlemak?. Penyakit hati berlemak dikenali dengan nama Liver Disease. Hati berlemak biasanya berpunca dari gaya hidup kita seharian, bermula dari rumah hingga dari luar rumah, tapi anda usah risau ia masih boleh dielakkan.

Bagaimana nak mengelakkannya?

Sangat senang, cuma terpulang kepada disiplin kita dan gaya hidup kita lah, kalau kita gemar makan makanan yang banyak berlemak, makan makanan yang kuat manisnya, kurang bersenam, minum arak berlebihan dan juga berat badan berlebihan ‘Obesiti’ pasti tidak dapat untuk mengelakkannya.

Namun kita boleh mengelakkannya jika kita selalu bersenam, jaga permakanan kita, jaga pengambilan kolestrol berlebihan serta jangan minum arak, kalau sudah ada kencing manis, kita perlu jaga baik-baik barulah kita boleh mengelakkan masalah penyakit hati berlemak ini.

Bagi mereka yang dah mengidap penyakit hati berlemak ini dan bagaimana cara-cara untuk mengatasinya atau rawatannya?

Sebelum kita bercakap mengenai rawatan penyakit hati berlemak, kita perlu lihat bagaimana gaya hidup kita seharian terlebih dahulu, sekiranya gaya hidup kita tidak teratur barulah satu pemeriksaan awal perlu dibuat bagi mengesan adakah kita mengidapi penyakit hati berlemak atau tidak. Jika tidak dikesan dari awal hinggakan hati sudah berparut dan juga sudah keras, huh..tiada ubat yang mampu mengubatinya pada tahap ini.

Bagaimana kita nak tahu hati kita sudah keras atau tidak?

Kita boleh mengesan dengan melakukan pemeriksaan di hospital seperti melakukan ujian darah atau Scan pada hati kita melalui Ultra sound atau Ct scan, dengan melakukan pemeriksaan ‘Check Up’ seperti ini kita dapat melihat perubahan hati kita ( Hati Berlemak ).

Jika masih belum dapat dipastikan juga tahap hati tersebut, terdapat satu cara lain yang akan lakukan oleh doktor dengan mengambil sedikit cubisan kecil hati kita untuk diperiksa.

Prosidur ini dipanggil Biopcy , melihat cebisan hati tersebut menggunakan microscope bagi melihat sel-sel hati itu sama ada hati berlemak atau tidak.

Usah risau prosidur ini sangat kecil sahaja dan tidak memerlukan pembedahan, ia hanya menggunakan jarum yang dimasukan ke dalam hati bagi mengambil sedikit sample hati untuk diperiksa.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya sample hati yang diperiksa mengandungi lemak?

Jika pemeriksaan telah dilakukan dan mendapati hati kita mengandungi lemak, setiap pesakit disarankan untuk mengamal gaya hidup sihat, seperti tidak makan makanan yang berlemak, lakukan senaman setiap hari, kawal pengambilan gula berlebihan supaya hati kita yang sudah berlemak tidak menjadi lebih parah.

Ada atau tidak apa-apa ubat, supliment yang boleh merawat penyakit hati berlemak?

Ya memang terdapat supliment yang boleh mengurangkan keradangan dalam hati kita tetapi ia tidak boleh mengurangkan lemak dalam hati kita. Supliment tersebut adalah Milk Thistle.

Selain dari pada Milk Thistle, terdapat juga kajian mengatakan Vitamin E juga boleh membantu mengurangkan keradangan hati berlemak ini. Hati berlemak disebabkan dari satu proses yang dipanggil Oxidative Stress, anda boleh baca disini mengenai apa itu Oxidative Stress.

Vitamin E dikenali sebagai Antioxsida, baca disini untuk mengetahui apa itu Antioxsida. Sekiranya kita mengambil vitamin E dengan betul ia dapat mengurangkan keradangan hati kita.

Adakah dengan memakan organ dalaman seperti hati ayam, limpa, paru dengan banyak boleh menyebabkan permasalahan hati kita?

Ya, kalau kita mengambil makanan yang berlemak tinggi seperti organ-organ dalam, hati, ginjal, paru-paru atau otak ia boleh menjejaskan hati kita, kerana organ dalaman serperti ini mengandungi kadar kolestrol yang amat tinggi.

Bagaimana pula dengan proses pemindahan hati?

Melakukan pemindahan hati adalah jalan terbaik, untuk mendapatkan hati yang tidak mengandungi lemak amat susah, kebanyakan hati yang diperiksa mendapati hati tersebut juga mengandungi lemak.

Kesimpulannya kita harus mengamalkan gaya hidup yang sihat, lakukan senaman, kawal makanan yang berkolestrol tinggi, tidak merokok, tidak minum arak dan lain-lain bagi mengelakkan hati kita mengidap penyakit hati berlemak.

Akhir kata, ingat badan kita ini nak pakai lama, jadi beringat sebelum parah. Jaga hati anda sebelum hati anda berlemak. Wallahualam…

4 thoughts on “Penyakit Hati Berlemak Yang Perlu Anda Tahu

  1. Pingback: Kenali Penyakit TIBI | My Ritz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge