Gambar Permandangan Di Gunung Fiji Yang Indah

by Ritz on October 2, 2013

Permandangan Di Gunung Fuji Japan (16)

Gunung Fuji merupakan gunung yang tertinggi di Jepun, dan terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, di sebelah barat Tokyo.

Gunung Fuji terletak berhampiran perairan Pasifik di pusat Honshu. Fuji dikelilingi oleh tiga kota iaitu Gotemba (timur), Fuji-Yoshida (utara) dan Fujinomiya (barat daya).

Gunung Fuji adalah simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karyaseni dan gambar, serta dikunjungi pendaki gunung mahupun pelancong.

Gunung Fuji diperkirakan terbentuk sekitar 10,000 tahun yang lalu. Sebuah gunung berapi yang kini masih aktif walaupun memiliki kemungkinan letusan yang rendah, Fuji terakhir kali meletus pada tahun 1707.

Terdapat lima buah tasik di sekeliling Fuji, yaitu Tasik Kawaguchi, Tasik Yamanaka, Tasik Sai, Tasik Motosu danTasik Shoji.

Lebih kurang 200,000 orang mendaki Gunung Fuji setiap tahun dan 30% antaranya adalah orang asing. Waktu yang paling popular bagi para pendaki adalah dari 1 Julai hingga 27 Ogos iaitu ketika musim panas.

Pendakian boleh memakan masa dari 3 hingga 7 jam sementara penurunan gunung mencapai sekitar 2 hingga 5 jam. – Sumber Wiki

Antara gambar-gambar keadaan di Gunung Fiji dan pendaki disana.

This slideshow requires JavaScript.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: